Skip to content Skip to footer
Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Jom Baca Bersama 10 Minit

May 18, 2023 @ 11:00 AM - 11:10 PM

Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah dimulakan sejak tahun 2014 lagi dan merupakan program kali ke-10 pada tahun ini yang akan diadakan di seluruh Malaysia. Program ini merupakan langkah membentuk masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat. Ia juga sebagai sokongan Perpustakaan Awam Negeri bersama-sama Kerajaan negeri Kedah meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat.
Program ini bakal dilaksanakan secara serentak di seluruh negara mengikut cadangan tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dengan konsep Berhenti Sebentar Dan Membaca Bersama Selama 10 Minit.
Bertempat di Perpustakaan Digital Kedah, program ini akan berlangsung pada 18 Mei 2023, bermula jam 11 hingga 11.10 pagi, semua individu, jabatan, organisasi dan komuniti, adalah dipohon untuk berhenti sebentar daripada melakukan sebarang aktiviti untuk sama-sama MEMBACA apa jua bahan bacaan selama 10 MINIT.
Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, bermula dengan langkah awal selama 10 MINIT sebagai tanda KOMITMEN semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan seharian.
Bertemakan #BacaBinaInsan, saya menyeru seluruh masyarakat negeri Kedah untuk bersama-sama menyertai Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini untuk memartabatkan budaya membaca walau di mana saja kita berada.

Details

Date:
May 18, 2023
Time:
11:00 AM - 11:10 PM

Venue

Kedah Digital Library
No.1 Jalan Menteri
Alor Setar, 05350 Malaysia
+ Google Map
Phone
013-4383592
View Venue Website